Bersedekah dengan Makanan
Assalamualaikum All,
Apakah Azam Tahun Baru 2007 ini?
Jom lebihkan amal tahun 2007 ini. ๐
Bersedekah dengan Makanan
Oleh: Ustazah Nor Simah Khalim
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA bahawa seorang lelaki telah bertanya
kepada Rasulullah SAW: “Yang manakah amal yang sebaik-baiknya dalam Islam?”
Baginda menjawab: “Hendaklah engkau memberi makan (kepada fakir miskin), dan
memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak
kenal.” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’i)
credit : https://goo.gl/images/bUfc9C |
Sedekah bermaksud suatu
pemberian oleh seseorang Muslim kepada orang lain secara ikhlas atau sukarela
tidak kira masa, waktu dan tempat. Tahukah adik-adik sedekah itu bukan hanya
terletak kepada duit semata-mata malah sedekah dengan makanan juga dikira
sebagai sedekah. Di dalam ayat al-Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan kita
untuk sentiasa bersedekah. Antaranya Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat
114 yang bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka,
kecuali (bisikbisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan,
atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan
maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala
yang amat besar.
” Sedekah berbeza dengan zakat. Sedekah lebih utama jika
diberikan secara diamdiam berbanding dengan zakat diberi secara
terang-terangan. Tahukah adik-adik sedekah lebih afdal diberikan kepada kaum
keluarga atau sanak saudara sebelum diberikan kepada orang lain. Namun
adik-adik kena beringat bahawa sedekah dengan makanan yang halal lagi bersih
supaya maksud sedekah tersebut sampai kepada tujuannya.
Bersedekah dengan
apa-apa sahaja pun besar pahalanya sebagaimana yang telah disebut di dalam
al-Quran surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud: “Bandingan (derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi
meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” Oleh itu, mulai saat ini marilah kita melakukan
kebaikan dengan bersedekah kerana sesungguhnya sedekah itu amatlah besar
pahalanya.
Comments
Post a Comment