Diabetes/ Kencing Manis


kt blog ni, ade LABEL baru..hehehe..
LABEL: What is your Disease?
aku nk citer psl penyakit..
Menjaga kesihatan tu, mmg sgt2 pnting..bkn jage kesihatan tuk diri sndiri je, kite sbenarnye jage kesihatan tuk org yg syg kt kita gak..Ingat tu!!!

Mencegah lg bagus dari merawat..
The Silent Killer..ishk2..
DIABETES/PENYAKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis  dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

1. Ape tu Diabetes?



Diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormone insulin.
Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.

2. Jenis-Jenis Diabetes

a. Kencing manis jenis 1:


Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

b. Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

c. Kencing Manis time pregnant.

Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.

Perbezaan Kencing Manis Jenis 1 dan Jenis 2:


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk. Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahun Tejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkan Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesity Kejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang serius Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulin Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

3.  Tanda Diabetes:
*Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap


4. Risiko/ Faktor Kencing Manis:
*kurang aktiv/tak bersenam/ tak berpeloh.
*Keturunan

*Berat Badan agak berlebihan
*Faktor Pemakanan
*Umor
*Sejarah Kncing Manis mase pregnant


5. Rawatan Kncing Manis:
*Diet yg seimbang
*Senaman secara sederhana stp hari.(cntoh: naik tangga)
*Ubat & Insulin
*Tradisional (nnt aku tanye mak jap)..

Note: Klik kt bwh ni tuk detail;
Detail for Diabetes

Comments

Popular Posts