Petua Banyakkan Susu
Salam & Morning....
Salam Ramadhan, 13 Ramadhan 1434.
Alhamdullilah, sy berjaya menyusukan Damia hampir umur 10 bulan. Masih bercita-cita utk menyusukan die smpai 2 thn dan lebih.
Arini nk share, petua banyak kan susu..
Semua org berbeza, anda perlu tahu/ carik milk booster sendiri.
Selamat Mencuba
Salam Ramadhan, 13 Ramadhan 1434.
Alhamdullilah, sy berjaya menyusukan Damia hampir umur 10 bulan. Masih bercita-cita utk menyusukan die smpai 2 thn dan lebih.
Damia dah 10 bulan |
Arini nk share, petua banyak kan susu..
Semua org berbeza, anda perlu tahu/ carik milk booster sendiri.
Selamat Mencuba
Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan
terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10
hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin
yang menghasilkan lebih banyak susu.
Minum banyak air putih
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.
·
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus
dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda
cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
·
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat
besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein
dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan,
anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
·
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih
dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
·
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian,
layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan
setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
·
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu
keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1
sudu halba atau jintan manis dalam
segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
·
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu
sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
·
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih
dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan
dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
·
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus
dan dicampurkan dengan air asam.
·
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih
dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
Thank to : http://pama.karangkraf.com/petua
Comments
Post a Comment