Bersedekah dengan Makanan
Assalamualaikum All, Apakah Azam Tahun Baru 2007 ini? Jom lebihkan amal tahun 2007 ini. 😉 Bersedekah dengan Makanan Oleh: Ustazah Nor Simah Khalim Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Yang manakah amal yang sebaik-baiknya dalam Islam?” Baginda menjawab: “Hendaklah engkau memberi makan (kepada fakir miskin), dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal. ” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’i) credit : https://goo.gl/images/bUfc9C Sedekah bermaksud suatu pemberian oleh seseorang Muslim kepada orang lain secara ikhlas atau sukarela tidak kira masa, waktu dan tempat. Tahukah adik-adik sedekah itu bukan hanya terletak kepada duit semata-mata malah sedekah dengan makanan juga dikira sebagai sedekah. Di dalam ayat al-Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan kita untuk sentiasa bersedekah. Antaranya Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 114 yang b